Ke set soalan sebelum
Isikan jawapan dalam kotak.
Kembali ke Halaman Utama Selesaikan:
Pengenalan 46. Sekolah Kebangsaan Ibrahim ada 2 345 orang murid. 1 153 orang daripada mereka adalah murid permpuan. Berapakah bilangan murid lelaki?
Tahun 4 - Muka Utama
Jawapan :
Halaman yang terpapar sekarang.
Tahun 4 - Sains 47. Farhana mengumpul sebanyak 5 621 keping setem dalam dan luar negara. 3 112 adalah setem Malaysia. Berapakah bilangan setem luar negara?
Jawapan :
48. Seorang penternak membela 3 722 ekor kambing dan 5 298 ekor biri-biri. Berapakah jumlah haiwan ternakannya?
Jawapan :
49. Sebuah kilang memerlukan 7 500 orang pekerja. Seramai 5 460 orang telah diambil bekerja. Berapakah bilangan kekosongan jawatan di kilang itu?
Jawapan :
50. Di Sekolah Rendah Ibrahim terdapat 3 450 orang murid. Di Sekolah Rendah Bakar Arang pula ada seramai 2 220 orang murid. Berapakah beza murid antara kedua-dua sekolah tersebut?
Jawapan :
51. Seramai 8 875 orang telah memohon untuk memasuki Sekolah Sains Sungai Petani. Daripada jumlah ini hanya 2 530 orang sahaja yang berjaya dipilih. Berapakah bilangan yang tidak berjaya?
Jawapan :
52. Sebuah masjid boleh memuatkan 2 500 orang jemaah. Pada hari Jumaat yang lepas, seramai 3 010 orang telah datang untuk bersembahyang. Berapakah bilangan jemaah yang tidak dapat bersembahyang dalam masjid itu?
Jawapan :
53. Sebuah kedai memesan 4 550 tin susu. Pada akhir bulan didapati sebanyak 3 972 telah habis dijual. Berapakah bilangan yang telah dijual?
Jawapan :
Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid di beberapa buah sekolah mengikut cara mereka datang ke sekolah. Jawab soalan 54 hingga 57 berpandukan jadual tersebut.
Cara datang ke sekolah Bilangan Murid
Bas 3 530
Kereta 2 215
Basikal 1 587
Berjalan kaki 2 539
54. Berapakah jumlah bilangan murid yang berbasikal dan berjalan kaki?
Jawapan :
55. Berapakah lebihnya murid yang menaiki bas daripada murid yang berbasikal?
Jawapan :
56. Berapakah lebihnya murid yang berjalan kaki daripada murid yang menaiki kereta?
Jawapan :
57. Berapakah jumlah murid yang menaiki bas dan kereta?
Jawapan :
58. Pejabat Pos Sungai Petani menjual 5 560 keping setem pada hari Isnin dan Selasa. Sebanyak 2 398 keping setem telah dijual pada hari Isnin. Hitungkan bilangan setem yang dijual pada hari Selasa.
Jawapan :
59. Tinggi Gunung Aman ialah 8 760 km dan tinggi pula Gunung Batu ialah 5 429 km. Berpakah bezanya tinggi kedua-dua gunung tersebut?
Jawapan :
60. Fadli mempunyai 3 591 biji guli warna merah dan 2 396 biji guli warna biru. Dia memberi kepada Fahmi 1 352 biji guli warna merah dan 1 890 biji guli warna biru. Berapakah baki guli yang ada pada Fadli?
Jawapan :
Ke set soalan sebelum Klik sini untuk semak jawapan anda


Table Of ContentsE-Mail

Site Technologies, Inc.